::UjIaN::

Ya Allah,kekadang aku rasa beratnya ujian yang engkau titipkan buat aku..aku tahu Engkau titipkan ujian itu kerana aku mampu hadapinya..tapi,terlalu berat aku rasakan..mungkin aku xnmpk lg hikmah disebalik kejadian ini..Allah timpakan hujan sebab Dia nak bagi pelangi yang cantik utk aku..aku kene yakin ujian ini akan membawa seribu kebahagiaan buat aku satu masa nanti..in shaa Allah..andai ujian ini Allah titipkan agar aku harus berwaspada..agar aku lebih mendekatkan diri kepadaMu,beriman,bertaqwa kepadaMu aku redha dengan ujian ini..janganlah ujian yang ditimpakan ini menjauhkan aku denganMu Ya Allah..

Pembohongan wujud untuk menutup suatu kesalahan atau menjaga hati pihak lain tapi once kita berbohong selepas itu akan ada rentetan2 pembohongan..sebab tu aku xsuka orang berbohong dengan aku..mulut boleh berbohong,tapi jangan lupa mata xpandai menipu..walau ape alasan sekalipun, even sesakit mana pun berkata benarlah kerana kadang2 soalan yang kita ajukan tu kita da ada jwpnnya..kita tnye semula utk lihat sejauh mana seseorang tu boleh berlaku jujur ataupun sebaliknya..

Ujian ini terlalu sukar utk aku lupakan..perlu ambil lebih masa utk diluputkan dari ingatan..aku berdoa agar keadaan aku akan baik2 sahaja slps ini..aku mohon petunjuk dari Allah,langkah apa yang aku perlu ambil..moga Allah beri aku petunjuk agar aku tidak tersasar dari membuat sebarang tindakan..moga petunjuk yang Allah berikan mampu membuat aku bhgia sama ada bersamanya atau pun tidak..aku tidak boleh terlalu yakin kerana aku sendiri tidak pasti apa yang sedang menunggu aku di depan sana..moga2 suatu yang boleh memberi kebahagiaan kepadaku..in shaa Allah..aamiinn..perancangan Allah lagi hebat dan tersusun dari perancangan manusia..

moga aku mampu berdiri semula seperti sebelum ni..memulakan langkah baru dengan lebih yakin dan berani..menjadi insan yang lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan org lain..moga Allah terus beri kekuatan padaku..moga suatu hari nanti,sama ada cepat @ lambat aku dapat lihat sendiri hikmah atas apa yag terjadi..impian dan angan2 aku ciptakan dahulu telah musnah ditgh jln..mungkinkah tercipta impian dan angan2 yang baru?itu aku sendiri tidak pasti..takut utk mengatakan apa2..takut ia mendatangkan kesedihan seperti yang terjadi sekarang..moga Allah sentiasa bersamaku n moga Allah iringi langkahku agar aku tidak terus terleka n alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini..

Moga Allah terus iringi aku utk aku fokus pada pembesaran anak2..even ape pun berlaku,aku tidak mahu ketinggalan utk lihat setiap perkembangan tumbesaran mereka seterusnya mendidik mereka ke jln yg Engkau redhai..aku tahu bukan mudah mendidik anak2 zaman moden,mudah2an Allah permudahkan setiap urusan ku selepas ini..mudah2an anak2 aku menjadi anak yg soleh dan solehah yang mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya..moga Allah tambahkan rezeki aku utk tahun2 ini dan tahun2 yg akan datang..moga anak2 ini mendatangkan rezeki kepada kami..

P/s : pujuklah aku,belailah aku, manjakanlah aku kerana aku selayaknya mendapat semua kelebihan itu..bukan org lain..bukan org lain..yang tiada sebarang ikatan yg sah..kerana setiap perbuatan baik terhadap isterimu,kamu yg dpt pahala..bertabahla menghadapi hari2 mendatang.. 😦

By ekin

Leave a comment