::LaSt EnTrY::

This entry will be my last entry n I will create another blog that cannot be read by others..byk kenangan dlm blog ni..in shaa Allah satu hari nnt blh baca blk..bye2 silenz’s blog..will c u soon..byk sgt kenangan bersama dgn awak..tq.. 🙂

By ekin

::TaZkIrAh MaLaM::

Ceramah dari dr muhaya..menarik..dia ckp bkn isteri je kena setia dgn suami..suami pn kene setia dgn isteri..ada yg tnye xblh ke kalau beristeri lebih dari satu..dr muhaya kata boleh cuma dia tnye..awak ada anak perempuan? Awak nak anak perempuan awak diduakan suami? Curang dgn isteri awak?Mcm yg awak buat kt isteri? Terus lelaki td xjadi nk berkahwin lebih dr satu..lelaki tu xsanggup tgk anak dia terluka n kecewa..

By ekin

::UjIaN::

Ya Allah,kekadang aku rasa beratnya ujian yang engkau titipkan buat aku..aku tahu Engkau titipkan ujian itu kerana aku mampu hadapinya..tapi,terlalu berat aku rasakan..mungkin aku xnmpk lg hikmah disebalik kejadian ini..Allah timpakan hujan sebab Dia nak bagi pelangi yang cantik utk aku..aku kene yakin ujian ini akan membawa seribu kebahagiaan buat aku satu masa nanti..in shaa Allah..andai ujian ini Allah titipkan agar aku harus berwaspada..agar aku lebih mendekatkan diri kepadaMu,beriman,bertaqwa kepadaMu aku redha dengan ujian ini..janganlah ujian yang ditimpakan ini menjauhkan aku denganMu Ya Allah..

Pembohongan wujud untuk menutup suatu kesalahan atau menjaga hati pihak lain tapi once kita berbohong selepas itu akan ada rentetan2 pembohongan..sebab tu aku xsuka orang berbohong dengan aku..mulut boleh berbohong,tapi jangan lupa mata xpandai menipu..walau ape alasan sekalipun, even sesakit mana pun berkata benarlah kerana kadang2 soalan yang kita ajukan tu kita da ada jwpnnya..kita tnye semula utk lihat sejauh mana seseorang tu boleh berlaku jujur ataupun sebaliknya..

Ujian ini terlalu sukar utk aku lupakan..perlu ambil lebih masa utk diluputkan dari ingatan..aku berdoa agar keadaan aku akan baik2 sahaja slps ini..aku mohon petunjuk dari Allah,langkah apa yang aku perlu ambil..moga Allah beri aku petunjuk agar aku tidak tersasar dari membuat sebarang tindakan..moga petunjuk yang Allah berikan mampu membuat aku bhgia sama ada bersamanya atau pun tidak..aku tidak boleh terlalu yakin kerana aku sendiri tidak pasti apa yang sedang menunggu aku di depan sana..moga2 suatu yang boleh memberi kebahagiaan kepadaku..in shaa Allah..aamiinn..perancangan Allah lagi hebat dan tersusun dari perancangan manusia..

moga aku mampu berdiri semula seperti sebelum ni..memulakan langkah baru dengan lebih yakin dan berani..menjadi insan yang lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan org lain..moga Allah terus beri kekuatan padaku..moga suatu hari nanti,sama ada cepat @ lambat aku dapat lihat sendiri hikmah atas apa yag terjadi..impian dan angan2 aku ciptakan dahulu telah musnah ditgh jln..mungkinkah tercipta impian dan angan2 yang baru?itu aku sendiri tidak pasti..takut utk mengatakan apa2..takut ia mendatangkan kesedihan seperti yang terjadi sekarang..moga Allah sentiasa bersamaku n moga Allah iringi langkahku agar aku tidak terus terleka n alpa dengan nikmat dunia yang sementara ini..

Moga Allah terus iringi aku utk aku fokus pada pembesaran anak2..even ape pun berlaku,aku tidak mahu ketinggalan utk lihat setiap perkembangan tumbesaran mereka seterusnya mendidik mereka ke jln yg Engkau redhai..aku tahu bukan mudah mendidik anak2 zaman moden,mudah2an Allah permudahkan setiap urusan ku selepas ini..mudah2an anak2 aku menjadi anak yg soleh dan solehah yang mampu mendoakan kesejahteraan ibu bapanya..moga Allah tambahkan rezeki aku utk tahun2 ini dan tahun2 yg akan datang..moga anak2 ini mendatangkan rezeki kepada kami..

P/s : pujuklah aku,belailah aku, manjakanlah aku kerana aku selayaknya mendapat semua kelebihan itu..bukan org lain..bukan org lain..yang tiada sebarang ikatan yg sah..kerana setiap perbuatan baik terhadap isterimu,kamu yg dpt pahala..bertabahla menghadapi hari2 mendatang.. 😦

By ekin

::AnAk-AnAk::

Esk genap 2 bulan usia wafiyyah..skejap je ms berlalu..xlama lagi da naik keje..xdpt tgk perkembangan dia..byk duduk kat rumah pengasuh kan..tu la dilema wanita bekerjaya..hihi..banyak yang kita lalui wafiyyah..dari lahirkan kamu sampaila sekarang..suka,duka,tawa,ria kita lalui bersama2..betapa teruknya ibu pregnantkn kamu smpi kene masuk hosp sbb dehydration..Allah byk uji kekuatan ibu time tu..besarnya pengorbanan mak kita kan sbnrnya..tq mak sbb mengandung n melahirkan kita..

Bila tgk post2 org kt fb..terdetik kt hati..blh ke kami hidup bhgia lg..blh ke kami g melancong sana sini mcm org lain..bestnya tgk..tggu ibu mampu ye anak2 ibu..teringin nk keluar negara bwk kamu berdua..mst bestkn tgk gelagat kamu..hihi..moga anak2 ibu jd anak yg soleh n solehah..yg mampu doakn ibu bapa bila kami da xde nnt..doakan ibu ye..mana tau kita blh g umrah sesama nanti anak beranak..

Xde ape yg ibu harap melainkan tengok kamu berdua gembira..bhgia..seorg ibu,itu je yg dia nk tgk..ibu xmo tgk anak2 ibu terseksa..merana..moga kita terus bersama hingga akhir hayat ibu ye nak..kamu berdua kekuatan ibu,kekadang ibu rasa ibu xmampu,xcukup kuat..tp bila ibu tgk kamu,kekuatan tu hadir..trima kasih syg2 ibu..

P/s: catatan beberapa hari lps..mls edit..post je blh..ekekeke

By ekin

::BiCaRa HaTi (iii)

Ekeke..ada kesinambungan ek? Da xtau nak tulis tajuk ape..ekekke..hari ni 1st puasa..tanpa arwah abah..kalau la kptsn aku diterima hari tu,mungkin juga puasa pertama tanpa suami.. 😦 Allah timpakan ujian yang terlalu dekat utk aku..belum aku cukup bersedia dgn berita pemergian abah,ada satu lg berita yang membuat aku terluka..Allah,sesungguhnya perancanganMu, perancangan yang paling baik..bila aku sedih teringat arwah abah,secara automatik aku teringat juga tentang kisah aku..

Aku bermohon kpd Allah,moga ramadhan ini menjadi titik tolak kepada perhubungan ini..andai Allah takdirkan jodoh kami panjang,tautkanlah hati kami semula tapi andai kata Allah takdirkan jodoh ini tidak panjang..moga kami dapat teruskan hidup kami dengan pilihan masing-masing..Allah,memang berat kptsn itu,tp demi kebahagiaan bersama,moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat kami berdua..tipulah kalau aku kata aku xsygkn hbgn ni..cukup syg..tapi,kalau perpisahan tu mampu membuat masing2 bhgia,gembira,why not kan..

Aku sedaya upaya mahu melupakan dikala saat ini aku telah mampu memaafkan..telah mampu menerima kekhilafan dirinya,kekhilafan diriku sendiri..bila bermuhasabah sendiri,sbnrnya byk sgt kekurangan aku..terlalu banyak..moga aku mampu utk perbetulkannya sedikit demi sedikit..bg pihaknya, aku sendiri xpasti adakah dia cb utk melupakan,cb utk tidak berhubung lg..cuba utk memutuskan kerana berdosa mempunyai hbgn dgn isteri org & berdosa membelakangkan suami serta couple dgn suami org..apa yang pasti aku telah ingtkn dia tentang dosa pahala..at least aku da menegur 1 kesalahan mereka..sejauh mana dia nk perbetulkn keadaan ini semula,itu aku tidak pasti..maybe kami ada cara kami sendiri..

Ujian ini buat aku sedar yang aku perlu simpan sedikit syg n cinta itu buat diri aku sndr agar bl suatu ms kecewa itu bertandang,at least ada lg rs cinta n syg tu buat diri sndr..biarlah kita cintakan sesorg itu kerana Allah..bkn kerana paras rupa,harta benda hatta sikap @ sifat seseorg itu..aku takut nk terlalu berharap dgn hbgn ini..takut suatu masa nnt topik poligami ini akan diusulkn sekali lg..bila ia berlaku,aku rasa bila aku da mula dgn kehidupan sendiri,da blh berdikari tentang byk benda..kptsn aku masih sama seperti sekarang ini..aku rs aku xcukup mampu lagi nk berkongsi kasih,berkongsi syg n cinta..at least kptsn tu mampu buat aku temui cinta baru..

Buat masa sekarang ni,aku hanya mampu berdoa..minta pada Allah agar pulihkan kembali hati aku kalau boleh biarla aku beraya dgn gembira..hanya bersedih dgn pemergian arwah abah..bukan bersedih atas perkara ini lagi..aku tengah mencari-cari lagi serpihan yang bertaburan yang aku sendiri xpasti bila aku mampu temuinya semula.. 😦

By ekin

::BiCaRa HaTi (ii)

Ya Allah,sesungguhnya aku tidak menyangka aku diuji sebegini rupa..perkara ini benar2 terjadi pada aku n hbgn ini..tidak dinafikan, hati terlalu terluka,kecewa,sedih dengan semua ini..masa mula2 dapat tahu hancur berkecai hati ini menjadi kepingan2 kecil..lagi sedih sebab tahu couplenya itu masih bergelar seorang isteri..sedihnya hanya Allah yang tahu..sedih kerana ujian ini dtg sedangkan kehidupan kami baru sahaja bermula..

Banyak benda yang kami bincangkan malah bila aku dapat tahu berkenaan hal itu,aku n anak2 bersedia utk undur diri..niat aku hanya utk bhgiakan dia..apa salahnya aku mengalah sedangkan aku telah merasai hidup bersamanya..apa salahnya utk org lain merasai ape yang pernah kami lalui..aku tahu kptsn tu mcm mementingkan diri sendiri tapi aku juga tahu hati ini bagaimana bila dia berniat utk berpoligami..mungkin ada yang kata aku tamak kerana enggan berkongsi, tapi mereka mungkin xmengerti betapa pahitnya hati utk berkongsi kasih dgn org lain..
Dari hari ke hari..ada masa tertentu kami berbincang lg..perbincangan secara terbuka,tanpa bercakaran..cuma kekadang aku xmampu utk menahan airmata ini dari terus tumpah dari bentengnya..apabila aku bagi kata dua mcm tu..dia sendiri tidak mahu aku berbuat kptsn begitu..kptsn yg blh melukakan hati anak2 apatah lg utk memisahkan mereka..dia telah membuat kptsn utk memilih kami n memilih utk berpisah dgn si’dia’..sebenarnya aku tidak menyangka yang dia telah menyukai si ‘dia’ selama 4 thn dimana sblm kami berumahtangga lg..kalau la aku tahi sblm kami berumahtangga, aku pasti alu akan melangkah pergi..aku xmahu jadi penghalang hbgn ini..tapi masalahnya aku hanya dpt tahu baru2 ini hanya setelah kami dikurniakn 2 cahaya mata.. 😦

Aku tahu hatinya..aku tahu dari riak wajahnya..apa yang aku teka benar belaka..memang dia rindu even baru beberapa minggu couple tetapi dia terpaksa berpisah secara tiba-tiba..dia ada suarakan kalau si ‘dia’ telah bercerai n pada masa itu dia masih tidak dapat melupakan, bolehke mereka bersama? Buat masa ni,aku still stick dgn pendirian aku..buat masa ni aku tahu hati aku xkuat utk hidup bermadu..berkongsi kasih,berkongsi masa dgn org lain..sungguh..masih belum mampu n masih belum kuat..bl aku ckp mcm tu dapat lihat reaksi sedih dalam anak mata dia n raut wajahnya..bila kita da mendirikan rumahtangga,automatik Allah berikan deria rasa yg ke 6 pada seorang isteri..sebab tu sedikit sebanyak perubahan suami,isteri dapat rasa..

Hati aku? Aku tengah cuba utk mengumpulkan hati aku yang telah hancur berkecai menjadi kepingan2 tersebut..banyak serpihan2 yang aku rasa berteraburan di merata-rata tempat..tempat yang aku sendiri tidak tahu dimana..mungkin ambil sedikit masa utk menemui ia kembali..bila ini terjadi kepadaku, aku rasa mcm fobia..benda lama berulang kembali..cerita 7 thn lalu..cerita dimana aku terlalu terluka diduakan,ditigakan sehingga aku xmampu beri lg peluang kepada dirinya kerana semua peluang yang aku beri telah dia habis sia2kan.. 😦

Allah,utk kali ini aku berserah pada jodoh..even terluka aku campak dulu perasaan ini jauh2..cuma kadangkala bila aku sunyi,aku tercari2 mana letaknya serpihan hati2 aku utk aku cantumkn n letakkan dia ditempat yang sepatutnya..utk kembalikan semula rasa yang sama..rasa dimana sejak aku tahu akan perkara ini,aku campakkan rasa itu terus keluar dari hati..dimana rasa itu adalah syg n cinta..aku akui,aku terlalu syg n cintakan dia melebihi syg n cinta aku pada diri sendiri..sehingga aku terlupa utk simpan sedikit rs syg n cinta itu utk diri sendiri..oleh kerana itu la aku perlu pungut kembali rasa tersebut secara perlahan-lahan..kumpul kembali rasa itu..alhamdulillah utk beberapa hari ini,aku berjaya menarik sedikit demi sedikit rasa itu..cuma hati je..masih banyak lagi kepingan yang xlagi aku temui..bila rasa2 semula,aku rasa luka ini lagi dalam dari luka 7 thn lalu..andai luka ini mampu dirawat secepatnya… 😦

P/S : dia ada tnye aku knp aku begitu pasti n yakin yg aku xmahu bermadu? Xtkt Allah balikkn semula ape yg aku pertahankan? Entahla..tapi buat masa ni n thn2 berikutnya,aku xmampu lg menerima poligami..n aku juga ada persoalan yg belum aku utarakan padanya..bagaimana pula dia begitu pasti n yakin yg aku ni jodohnya hingga akhir hayatnya?mana tahu yg Allah pendekkan jodoh kita utk kita hidup dgn org lain pada masa akan datang? Ini pn hanya Allah sahaja yg tahu..Hmmmm

By ekin

::BiCaRa HaTi::

Sejujurnya..aku rasa sgt2 kosong..zero..seperti back to basic..da mcm xde perasaan ni..sedih..terluka..kecewa..semua bersarang dlm hati..tiada niat utk membenci tetapi hati seperti tidak dapat menerima apa yg terjadi..terlalu pahit utk dikenang, terlalu pahit utk diingati..bukan menyalahkan takdir,tetapi menyalahkn diri atas setiap kekurangan sendiri hingga menyebabkan semua itu terjadi..

Sedih dan pilunya hati Allah sahaja yang tahu.. bila tengok anak2,kesiannya dekat mereka..mereka masih kecil utk faham semua ini..utk faham kesedihan dan kepiluan hati seorang ibu.. terlalu mentah utk menyelami semua ini..

Ya Allah, peganglah hati aku untuk terus bersamamu atas apa pun yang bakal terjadi..peganglah hatiku untuk terus mencintai agamamu..aku pasti setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..hikmah yang akan membuat aku & dia bahagia walau jalan kami berbeza..hanya Engkau je yang tahu Ya Allah..sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik perancang..

P/s: rasa seperti perlu berundur diri..utk lihat dia bahagia & gembira..mungkin aku xmampu memberi kebahagiaan seperti yang diidamkannya..Ya Allah,kuatkan aku utk terus meniti hari2 mendatang sama ada ketika masih bersamanya atau tidak.. berikan aku kekuatan utk terus meneruskan sisa2 kehidupan ini.. 😦

By ekin

::RiNdUnYa::

Da sebulan lebih arwah abah pergi..aku jadi makin rindu dekat dia..aku terfikir,kalau jadi ape2 kat aku,adik2 boleh ke tolong aku memandangkan abah da xde..Allah hanya pinjamkn pada kami lebih kurang 30 thn je..aku pulak mengenali dia lbh kurang 29 thn je..rindu..Allah je tau mcm mana rasa rindu tu dekat dia..Allah..Allah..beratnya dugaan ni..

Even aku bukan jenis mengadu pada abah,tp dia la tmpt aku bermanja..tempat aku mintak mcm2 sejak dr sekolah lg smpila aku da kawen..kalau balik kg,teringin nak mkn ape2,cakap je la..dia akan carikan..dia akan belikan even dia terpaksa guna duit selit2 dia utk belikan ape yang aku nak..sebaknya rasa..mungkin ada hikmah Allah ambil dia dulu daripada kami..

Adik aku sgt2 terkilan dengan pemergian arwah..dia terkilan sbb dia da plan nak bwk arwah abh,mak & isteri doa utk tunaikan umrah akhir thn ni @ awal thn dpn..tp xkesampaian..tu yang dia terkilan sgt2..aku terkilan jgk sbb aku jmpe arwah 3 bln lps..tu la last aku cium tgn n pipi dia..masa dia meninggal, aku hanya dpt cium pp dingin n kaku dia..rindu..teramat rindu nk cium tgn n pipi hangat dia..Allah

Moga Allah tempatkan arwah abah dikalangan orang2 yg beriman..moga Allah ampunkan segala dosa2 arwah abah..tenanglah abah disana..kami kat cni redha dengan pemergian abah cuma kami xmampu lagi hilangkan rasa rindu ini buat arwah abah..

P/S : Allah tunjukkan lagi “sesuatu” pada aku..Allah..terluka? Ya,terluka lagi untuk sekian kalinya..ia berlaku & berulang lagi..biarla org yg membuat kesalahan itu mengakui kesalahan & kesilapannya..berlaku jujur padaku..sudah penat utk aku persoalkan semua ini..aku? Hanya mampu mengubati luka dihati..bila aku rasa suatu masa nanti aku tidak diperlukan lagi,aku pasti aku akan melangkah pergi membawa zuriat aku sekali dan aku pasti pada masa itu hati aku xmampu terubati lagi 😦  andai Allah kata jodoh ini milik kami,pasti ia tetap milik kami tapi jika Allah kata jodoh ini hanya sementara,redhalah kerana Allah sebaik2 perancang.. mungkin ada hikmahnya..

By ekin

~!TeRiMa KaSiH!~

Alhamdulillah..sepanjang melalui hari2 mencabar,en suami teguh berada disisi..semasa pemergian arwah abh,semasa kelahiran..terima kasih sebab beri kekuatan..terima kasih sbb sanggup ambil cuti turut sama2 menguruskn jenazah arwah abh hingga ke liang lahad..semoga Allah membalas setiap titik usaha n pertolongan itu dgn sejuta kebaikan,kebahagiaan,kesenangan..

Terima kasih jg sbb sama2 berada di labour room ketika isterimu ini bertarung nyawa melahirkn anak ke 2 kita..kamu memberi semangat,kekuatan n keyakinan..terima kasih..terima kasih jgk sebab sama2 uruskan dua2 anak kita..isterimu ini pasti merinduimu ketika kamu tiada disini..

Ayg sygkn n cintakan abg..terima kasih utk segalanya..

By ekin

~!PeMeRgIaN tIaDa GaNtI~!

Tanggal 22/4/2015 jam 12.10 tgh hari lahirla buah hati kami yang ke dua,seorg puteri..dan bermakna telah 2 minggu pemergian abh menghadap Ilahi..Ya Allah..sungguh sedih..last aku jumpa arwah abh 2 bulan lepas..terkilan? Ye,cukup terkilan..xdpt jmpe dia disaat2 terakhir dia menghembuskn nafasnya,xdpt dgr suara dia lg..Allah..dia pergi tanpa kami ketahui sakit yg dia tanggung..arwah pergi menghadap Ilahi tanggal 16/4/2015..

xsempat arwah nk tgk cucu ke 2 dia..arwah pnh ckp dgn mak nk belikn gelang ngn rantai kalau cucu yg lahir ni cucu perempuan.. kami terima berita pemergian dia dr jiran kt rumah..ms tu aku br 30 minit kt rumah lps doktor discaj aku dari hosp sbb false alarm..Allah..mak ngn adik sume kt cni,jg wazif..bermakna tiada siapa kt cc dia semasa dia hembuskn nafas yg terakhir..ptg tu jgk kami bergegas pulang je kg..

Alhamdulillah kami dapat lihat jenazah arwah abah..tenanglah abh kt cne..ramai yg dtg ziarah,solatkan beliau..ekin teringt2 kenangan semasa arwah abh jg ekin ms dlm pantang 2 thn lps..teringt2 kenangan arwah abh layan setiap keinginan time sebelum bersalin..Ya Allah terlalu cepat engkau ambil dia tanpa sempat aku berbakti kepadanya..Engkau pinjamkn dia utk tempoh 28 thn shj..rindunya Ya Allah..

Terima kasih Ya Allah..at least aku rasa kasih sayang dia,perhatian dia n cinta dia utk kami semua..moga arwah abh tenang kt cne..Allah lebih menyayanginya..al fatihah…

Anakmu..
5.03 pagi

By ekin